Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Pusat Internet Bukit Payong merupakan pusat internet utama bagi penduduk Mukim Bukit Lada merangkumi 14 kampung. Ini di sebabkan oleh kedudukannya yang strategik dan terletak di kawasan Jalan Naka, Mukim Bukit Lada.

Menurut salah seorang penduduk di sini, zaman dahulu ada seorang berjalan di dalam hutan(kawasan bukit) ketika hujan lebat dan terjumpa payung untuk berlindung daripada hujan. Selepas itu, dia menggunakan payung tersebut sambil mencari jalan keluar untuk pulang ke rumah.

Namun, setelah beberapa jam di dalam hutan dan masih belum jumpa jalan untuk pulang ke rumah, pemuda itu membuang payung tersebut di atas jalan kerana menganggap payung sebagai penyebab dia kehilangan arah untuk pulang ke rumah. Setelah membuang payung tersebut, akhirnya dia menjumpai jalan untuk pulang ke rumahnya.

Manakala kisah silam Bukit Lada sering menjadi ingatan orang ramai kerana seorang pemuda yang sesat di hutan(kawasan bukit) dan jatuh tersadung akar pokok lada yang hampir serupa dengan Pokok Sena. Dia bangun lantas mengeluarkan kata-kata kesat kepada akar itu lalu ternampak buah lada yang amat lebat diatas pokok, dia segera memanjat pokok itu untuk memetik buah lada.

Setelah selesai memetik, pemuda yang tamak itu menggendong buah itu turun dari bukit. Kemudian, pemuda itu letih dan tidak lagi larat untuk menggendong buah itu lalu membuang buah itu ke kaki bukit.

Keistimewaan penduduk Melayu di kawasan Mukim Bukit Lada ini adalah fasih berkomunikasi di dalam bahasa Siam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


Microsoft Team : Taklimat Pendaftaran Perniagaan Kepada Usahawan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2021

Menguar-uarkan inisiatif yang dijalan oleh kerajaan untuk hebahan dengan lebih meluas kepada penduduk sekitar. ...........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PERMOHONAN AGIHAN KHAS KEWANGAN USAHWAN MIKRO LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2021

Tujuan perkongsian ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai tawaran agihan khas kewangan untuk membantu usahwan B40 oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi tahun 2021...........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : TRANSFORMASI PUSAT INTERNET KOMUNITI (PIK) KEPADA PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi)

Aktiviti Terkini | 26 November 2021

Tujuan perkongsian ini juga memberi penerangan mengenai hala tuju Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)...........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PAKEJ PERANTI & PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 26 November 2021

Membantu menerangkan dengan lebih terperinci mengenai pakej yang di tawarkan...........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : USAHAWAN PIK & TEMPAT MENARIK

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2021

Menguar-uarkan perniagaan yang dijalan oleh usahawan sekitar PIK..........baca selanjutnya

SHARING VIDEO TUTORIAL “RESET” PASSWORD APLIKASI MYSEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2021

Tujuan sharing video pendek ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai cara untuk menukar atau reset kembali password / kata laluan di Aplikasi Mysejahtera..........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : TAWARAN TAJAAN PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2021

Tujuan perkongsian ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai Tawaran Tajaan Pendidikan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi tahun 2021.........baca selanjutnya

TUTORIAL KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2021

Aktiviti Terkini | 17 September 2021

Tujuan sharing video pendek ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai cara untuk mengemaskini maklumat bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2021 untuk pekebun kecil dan penoreh getah .........baca selanjutnya

TUTORIAL MEMBUAT BIO LINK WEBSITE MENGGUNAKAN CANVA

Aktiviti Terkini | 10 September 2021

Memberi pendedahan kepada para peniaga mengenai cara untuk membuat bio link website mengenai perniagaan yang dijalankan menggunakan website canva........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : BANTUAN KHAS COVID-19

Aktiviti Terkini | 2 September 2021

Tujuan perkongsian ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai Bantuan Khas Covid-19 dan inisiatif bantuan tunai kepada golongan isi rumah , bujang dan warga emas.......baca selanjutnya

TUTORIAL CARA MUDAH BUAT VIDEO DENGAN POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021

Memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada rakan facebook / komuniti tentang cara penghasilan poster yang menarik dan ringkas dengan cara yang mudah. .....baca selanjutnya

TUTORIAL CARA MUDAH BUAT VIDEO DENGAN POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2021

Tujuan perkongsian ini memberi pendedahan kepada komuniti cara menyediakan video dengan mudah menggunakan PowerPoint......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG PENGAJARAN: HTML SIRI 2

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2021

Tujuan perkongsian ini memberi pendedahan kepada pelajar khiususnya Tingkatan 1-Tingkatan 5 mengenai Pengajaran HTML (“Hypertext Markup Language”)......baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2021

Membantukan memudahkan Komuniti untuk memohon I-Citra secara atas talian .....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: KDB KLIK DENGAN BIJAK (HAK DAN TANGGUNGJAWAB WARGA DIGITAL & PENGAWASAN IBU BAPA DI INTERNET)

Aktiviti Terkini | 10 Julai 2021

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI PAKEJ JARINGAN PRIHATIN DARI TELCO DIGI

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2021

Memberi pengetahuan tentang pakej yang DIGI sediakan untuk Program Jaringan Prihatin.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENA MICROBIT FUTURE SKILL LEARNING FOR ALL FS4A (SIRI 5): STRUKTUR KAWALAN ULANGAN & PENDERIA SUHU DAN PENDERIA CAHAYA

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2021

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai pembelajaran digital baru.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK (KDB) :TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2021

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENA MICROBIT FUTURE SKILL LEARNING FOR ALL FS4A SIRI 3

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2021

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai pembelajaran digital baru...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK: CHECK YOUR LABEL & MOBILE E-WASTE

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2021

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI MICROBIT FUTURE SKILL LEARNING FOR ALL FS4A (SIRI 2)

Aktiviti Terkini | 11 April 2021

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai pembelajaran digital baru bagi topik 2 dan 3...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI BENGKEL DIGITAL MARKETING DIGITAL NO 1 DI MALAYSIA “SHOPEE” PART 2

Aktiviti Terkini | 11 April 2021

Memberi pengetahuan asas mengenai pemasaran online melalui platform “Shopee” ( cara untuk memuatnaik produk)...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: MENGENAI TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (BULI SIBER)

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2021

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: MEMPROMOSI PRODUK USAHAWAN PIK BUKIT PAYONG

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2021

Membantu mempromosi perkhidmatan yang dijalankan oleh komuniti di sekitar Bukit Payong...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI KEPENTINGAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2021

Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya perlindungan takaful dari musibah yang tidak dijangka akan berlaku...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI PAKEJ DATA DIGI KHAS UNTUK PELAJAR SPM & STPM 2021

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2021

Memberi pengetahuan tentang pakej yang DIGI sediakan khas untuk pelajar SPM & SPTM...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI BENGKEL DIGITAL MARKETING“SHOPEE” PART 1

Aktiviti Terkini | 30 JANUARI 2021

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENA MICROBIT FUTURE SKILL LEARNING FOR ALL FS4A

Aktiviti Terkini | 10 JANUARI 2021

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 3 JANUARI 2021

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti