Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pusat Internet Bukit Payong merupakan pusat internet utama bagi penduduk Mukim Bukit Lada merangkumi 14 kampung. Ini di sebabkan oleh kedudukannya yang strategik dan terletak di kawasan Jalan Naka, Mukim Bukit Lada.

Menurut salah seorang penduduk di sini, zaman dahulu ada seorang berjalan di dalam hutan(kawasan bukit) ketika hujan lebat dan terjumpa payung untuk berlindung daripada hujan. Selepas itu, dia menggunakan payung tersebut sambil mencari jalan keluar untuk pulang ke rumah.

Namun, setelah beberapa jam di dalam hutan dan masih belum jumpa jalan untuk pulang ke rumah, pemuda itu membuang payung tersebut di atas jalan kerana menganggap payung sebagai penyebab dia kehilangan arah untuk pulang ke rumah. Setelah membuang payung tersebut, akhirnya dia menjumpai jalan untuk pulang ke rumahnya.

Manakala kisah silam Bukit Lada sering menjadi ingatan orang ramai kerana seorang pemuda yang sesat di hutan(kawasan bukit) dan jatuh tersadung akar pokok lada yang hampir serupa dengan Pokok Sena. Dia bangun lantas mengeluarkan kata-kata kesat kepada akar itu lalu ternampak buah lada yang amat lebat diatas pokok, dia segera memanjat pokok itu untuk memetik buah lada.

Setelah selesai memetik, pemuda yang tamak itu menggendong buah itu turun dari bukit. Kemudian, pemuda itu letih dan tidak lagi larat untuk menggendong buah itu lalu membuang buah itu ke kaki bukit.

Keistimewaan penduduk Melayu di kawasan Mukim Bukit Lada ini adalah fasih berkomunikasi di dalam bahasa Siam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


LIVE FACEBOOK MENGENAI JELAJAH KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2020

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI USAHAWAN VS KEUSAHAWANAN

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2020

Memberi pengetahuan kepada komuniti mengenai usahawan atas talian (online business)...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK MENGENAI KLIK DENGAN BIJAK: PENGENALAN MENGENAI SKMM & APA ITU INTERNET?

Aktiviti Terkini | 12 Disember2020

Memberi pengetahuan kepada komuniti serta warga facebook mengenai kempen Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

BENGKEL PEMASARAN DIGITAL: “SHOPEE”

Aktiviti Terkini | 7 NOVEMBER 2020

Memberi pengetahuan asas mengenai pemasaran online melalui platform “Shopee”....baca selanjutnya

PROGRAM ‘FUTURE SKILL LEARNING FOR ALL’: MICROBIT

Aktiviti Terkini | 16 - 17 Oktober 2020

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai pembelajaran baru dalam bentuk digital....baca selanjutnya

LIVE BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI 2020

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Memberi pendedahan kepada para sukarelawan dan staf Pusat Internet tentang modul “Klik Dengan Bijak”...baca selanjutnya

BENGKEL DIGITAL MARKETING SHOPEE BERSAMA INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) ALOR SETAR

Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2020

Memberi pengetahuan asas mengenai pemasaran online melalui platform “Shopee”...baca selanjutnya

BENGKEL DIGITAL MARKETING SHOPEE

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2020

Memberi pengetahuan asas mengenai pemasaran online melalui platform “Shopee”...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini |1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK & PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2020

Memberi pendedahan kepada pelajar tenetang cara penggunaan platform media sosial dengan betul...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2020

Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2020

Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2020

Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM (LKPI) BUKIT PAYONG

Aktiviti Terkini |30 Januari 2020

Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan komuniti....baca selanjutnya

PROGRAM KEY IN DATA PELAJAR KE SISTEM MAKLUMAT TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini |11 Januari 2020

Ia merupakan program ICT di Pusat Internet Bersama Guru Tadika....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti