Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pusat Internet Bukit Payong merupakan pusat internet utama bagi penduduk Mukim Bukit Lada merangkumi 14 kampung. Ini di sebabkan oleh kedudukannya yang strategik dan terletak di kawasan Jalan Naka, Mukim Bukit Lada.

Menurut salah seorang penduduk di sini, zaman dahulu ada seorang berjalan di dalam hutan(kawasan bukit) ketika hujan lebat dan terjumpa payung untuk berlindung daripada hujan. Selepas itu, dia menggunakan payung tersebut sambil mencari jalan keluar untuk pulang ke rumah.

Namun, setelah beberapa jam di dalam hutan dan masih belum jumpa jalan untuk pulang ke rumah, pemuda itu membuang payung tersebut di atas jalan kerana menganggap payung sebagai penyebab dia kehilangan arah untuk pulang ke rumah. Setelah membuang payung tersebut, akhirnya dia menjumpai jalan untuk pulang ke rumahnya.

Manakala kisah silam Bukit Lada sering menjadi ingatan orang ramai kerana seorang pemuda yang sesat di hutan(kawasan bukit) dan jatuh tersadung akar pokok lada yang hampir serupa dengan Pokok Sena. Dia bangun lantas mengeluarkan kata-kata kesat kepada akar itu lalu ternampak buah lada yang amat lebat diatas pokok, dia segera memanjat pokok itu untuk memetik buah lada.

Setelah selesai memetik, pemuda yang tamak itu menggendong buah itu turun dari bukit. Kemudian, pemuda itu letih dan tidak lagi larat untuk menggendong buah itu lalu membuang buah itu ke kaki bukit.

Keistimewaan penduduk Melayu di kawasan Mukim Bukit Lada ini adalah fasih berkomunikasi di dalam bahasa Siam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Program Bersama Komuniti Jom Sihat

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018

Program TTT kerjasama antara PI Kluster Sik dan agensi-agensi Kesihatan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai cara pemakanan sihat, penyakit berjangkit dan cara menggosok gigi yang betul... baca selanjutnya

Program E-Rezeki Fasa 3

Aktiviti Terkini | 25 November 2018

Program TTT kerjasama antara MDEC dan MCMC bagi melatih petugas-petugas PI untuk memberi latihan erezeki kepada komuniti sekitar PI... baca selanjutnya

Roadshow Digi Pusat Internet Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada antara Pusat Internet Belantik dengan komuniti sekitar... baca selanjutnya

CFM Explore 2018 – Bingo race sempena Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia 2018

Aktiviti Terkini | 23 September 2018

Tujuan aktiviti ini ialah untuk menguji tahap kecergasan, kefahaman dan kreativiti peserta untuk menyelesaikan Bingo race berkaitan fungsi dan perkhidmatan CFM kepada setiap lapisan masyarakat... baca selanjutnya

Program Sambutan Kemerdekaan Peringkat Komuniti Mukim Bukit Lada

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan Ogos. Progaram ini memerlukan kerjasama dan \komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid dan komuniti... baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Pusat Internet Bukit Payong

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan Julai. Jamuan Hari Raya ini diadakan sempena Bulan Syawal serta meraikan ahli Pusat Internet Bukit Payong. Ia diadakan bertujuan untuk... baca selanjutnya

Bakti Masyarakat(Bantuan Mangsa Banjir)

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018

Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Sempena Hari Raya

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dan komuniti setempat (ahli PI1M)... baca selanjutnya

Penyerahan Digi Simpack Percuma Kepada Peserta / Petani Myagro (Mardi)

Aktiviti Terkini | 22 April 2018

Dapat menyediakan saluran maklumat dari Kementerian kepada Awam dan memudahkan komunikasi antara Petani dengan Extension Officer mereka... baca selanjutnya

Program Perisian Photoscape Bersama Komuniti Kerjasama Antara Mini RTC Bukit Lada

Aktiviti Terkini | 22 April 2018

Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan Pi1M bagi bulan April. Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara staff Pi1M dan pihak Mini RTC. Di samping itu , dengan adanya program ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang disediakan... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Bukit Payong

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2018

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pi1M bagi bulan March. Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara staff Pi1M dan komuniti setempat. Di samping itu , dengan adanya program ini dapat mempromosikan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Serta Teknik Penulisan Resume & Tatacara Interview Oleh Job Malaysia(Program Kluster)

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan Pi1M bagi bulan Februari Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara staff Pi1M dan pihak Job Malaysia. Di samping itu, dengan adanya program ini dapat... baca selanjutnya

Program Jom Berinternet

Aktiviti Terkini | 3 Januari 2018

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pi1M bagi bulan Januari Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara staff Pi1M dan pihak sekolah. Di samping itu , dengan adanya program ini dapat mempromosikan... baca selanjutnya