Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pusat Internet Bukit Payong merupakan pusat internet utama bagi penduduk Mukim Bukit Lada merangkumi 14 kampung. Ini di sebabkan oleh kedudukannya yang strategik dan terletak di kawasan Jalan Naka, Mukim Bukit Lada.

Menurut salah seorang penduduk di sini, zaman dahulu ada seorang berjalan di dalam hutan(kawasan bukit) ketika hujan lebat dan terjumpa payung untuk berlindung daripada hujan. Selepas itu, dia menggunakan payung tersebut sambil mencari jalan keluar untuk pulang ke rumah.

Namun, setelah beberapa jam di dalam hutan dan masih belum jumpa jalan untuk pulang ke rumah, pemuda itu membuang payung tersebut di atas jalan kerana menganggap payung sebagai penyebab dia kehilangan arah untuk pulang ke rumah. Setelah membuang payung tersebut, akhirnya dia menjumpai jalan untuk pulang ke rumahnya.

Manakala kisah silam Bukit Lada sering menjadi ingatan orang ramai kerana seorang pemuda yang sesat di hutan(kawasan bukit) dan jatuh tersadung akar pokok lada yang hampir serupa dengan Pokok Sena. Dia bangun lantas mengeluarkan kata-kata kesat kepada akar itu lalu ternampak buah lada yang amat lebat diatas pokok, dia segera memanjat pokok itu untuk memetik buah lada.

Setelah selesai memetik, pemuda yang tamak itu menggendong buah itu turun dari bukit. Kemudian, pemuda itu letih dan tidak lagi larat untuk menggendong buah itu lalu membuang buah itu ke kaki bukit.

Keistimewaan penduduk Melayu di kawasan Mukim Bukit Lada ini adalah fasih berkomunikasi di dalam bahasa Siam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK, DAN PERISIAN MICROSOFT OFFICE

Aktiviti Terkini | 27 Disember 2019

Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar...baca selanjutnya

KURSUS PENGURUSAN MAKLUMAT BERASASKAN TEKNOLOGI ATAS TALIAN UNTUK PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2019

Menghasilkan sistem pengkalan data yang sistematik bagi pengurusan cikgu Tabika KEMAS...baca selanjutnya

TEMUDUGA TERBUKA OPERATOR PENGELUARAN PERODUA

Aktiviti Terkini | 26 November 2019

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan remaja yang sedang menganggur di samping dapat mempekenalkan fungsi Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 10 November 2019

Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar.....baca selanjutnya

KURSUS KEUSAHAWANAN BERSAMA JABATAN VETERINAR

Aktiviti Terkini | 9 November 2019

Membantu mendalami ilmu Online Marketing para peserta.....baca selanjutnya

KURSUS ICT BERSAMA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) BUKIT LADA

Aktiviti Terkini | 8 November 2019

Mengeratkan hubungan antara MPKK dan Satff Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 6 November 2019

Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar....baca selanjutnya

KEDAH EKSPO DIGITAL 2019

Aktiviti Terkini | 1 November 2019

Menyemaikan semangat dan perasaan cintakan pemimpin negara di samping dapat mewujudkan dan membentuk ‘feel good factor’ sebuah masyarakat terhadap kerajaan....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK, DAN MENGENALI PERISIAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 6 Oktober 2019 2019

Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar...baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI MASYARAKAT ZON JENIANG

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Program ini diadakan juga bagi mengeratkan lagi hubungan mesra antara staff Pusat Internet dan Komuniti setempat di samping memupuk semangat bagi memaju dan membangunkan sesebuah organisasi yang cemerlang , gemilang dan terbilang...baca selanjutnya

KURSUS ICT BERSAMA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) DAN PENGHULU MUKIM PADANG TEMAK

Aktiviti Terkini | 6 September2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti kampung dari segi penggunaan peralatan ICT dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan mesra antara saru sama lain...baca selanjutnya

AKTIVITI KEMERDEKAAN BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini |30 Ogos 2019

Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar...baca selanjutnya

TAKLIMAT PENUTUPAN SIARAN TV ANALOG PERINGKAT NEGERI KEDAH

Aktiviti Terkini |21 Ogos 2019

Memberi pendedahan cara menggunakan myfreeview untuk mendapatkan free channel menggunakan decoder jika menggunakan televisyen analog...baca selanjutnya

AKTIVITI KEMERDEKAAN BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA KG TRADISI LEMBAH KERIANG, CHANGLUN

Aktiviti Terkini |6 Ogos 2019

Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam kalangan Komuniti....baca selanjutnya

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Bersama Komuniti Setempat

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2019

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama PI bagi bulan Julai. Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara ahli PI dan staf PI. Di samping itu ,Ia diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta mesra antara staff Pusat Internet , ibu bapa , ahli Pusat Internet bersama komuniti setempat di samping memupuk semangat bagi memaju dan membangunkan sesebuah organisasi yang cemerlang , gemilang dan terbilang....baca selanjutnya

PROGRAM MIV & PROJEK TELEVISYEN TERRESTRIAL DIGITAL

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2019

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para sukarelawan dan staff pusat internet tentang Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) yang di lancarkan di Malaysia...baca selanjutnya

Mencipta Kad Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2019

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama PI bagi bulan Mei. Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara ahli PI dan staf PI. Di samping itu , dengan adanya program ini dapat meningkatkan... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Beserta Bacaan Yasin Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 25 April 2019

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan April 2019. Program ini adalah bertujuan untuk menyambut Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan kedatangan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak 2 (Kluster)

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan Mac 2019. Ia merupakan aktiviti bersama pihak komuniti bagi mengeratkan lagi hubungan serta mesra antara staff Pusat Internet, ibu bapa, ahli Pusat Internet bersama... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (Kluster)

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan Februari 2019. Ia merupakan aktiviti bersama pihak sekolah bagi mengeratkan lagi hubungan serta mesra antara staff Pusat Internet, ibu bapa, ahli Pusat Internet bersama komuniti... baca selanjutnya

Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya