Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Payong merupakan pusat internet utama bagi penduduk Mukim Bukit Lada merangkumi 14 kampung. Ini di sebabkan oleh kedudukannya yang strategik dan terletak di kawasan Jalan Naka, Mukim Bukit Lada.

Menurut salah seorang penduduk di sini, zaman dahulu ada seorang berjalan di dalam hutan(kawasan bukit) ketika hujan lebat dan terjumpa payung untuk berlindung daripada hujan. Selepas itu, dia menggunakan payung tersebut sambil mencari jalan keluar untuk pulang ke rumah.

Namun, setelah beberapa jam di dalam hutan dan masih belum jumpa jalan untuk pulang ke rumah, pemuda itu membuang payung tersebut di atas jalan kerana menganggap payung sebagai penyebab dia kehilangan arah untuk pulang ke rumah. Setelah membuang payung tersebut, akhirnya dia menjumpai jalan untuk pulang ke rumahnya.

Manakala kisah silam Bukit Lada sering menjadi ingatan orang ramai kerana seorang pemuda yang sesat di hutan(kawasan bukit) dan jatuh tersadung akar pokok lada yang hampir serupa dengan Pokok Sena. Dia bangun lantas mengeluarkan kata-kata kesat kepada akar itu lalu ternampak buah lada yang amat lebat diatas pokok, dia segera memanjat pokok itu untuk memetik buah lada.

Setelah selesai memetik, pemuda yang tamak itu menggendong buah itu turun dari bukit. Kemudian, pemuda itu letih dan tidak lagi larat untuk menggendong buah itu lalu membuang buah itu ke kaki bukit.

Keistimewaan penduduk Melayu di kawasan Mukim Bukit Lada ini adalah fasih berkomunikasi di dalam bahasa Siam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)-Fasa 1

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2017

Memberi pendedah tentang kegunaan portal dan aplikasi yang baru dibangunkan khas untuk sector pertanian... baca selanjutnya

Program Pemantapan ICT Dan Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 1 November 2017

Bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan ICT dan etika melayari internet kepada pelajar dan staff sekolah.Malah, melalui program ini dapat... baca selanjutnya

Hari Sukan Negara 2017 Peringkat Mukim Bukit Lada

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017

Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan Pi1M bagi bulan Oktober. Program ini merupakan satu program tahunan iaitu setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober bermula dari... baca selanjutnya

Program Bengkel Printer 3D

Aktiviti Terkini | 7 - 8 Oktober 2017

Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan Pi1M bagi bulan Oktober. Ia merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai printer 3D... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2017

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pi1M bagi bulan Oktober. Ia merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai etika... baca selanjutnya

Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Bukit Payong

Aktiviti Terkini | 23 September 2017

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama bagi bulan September serta merupakan aktiviti tahunan. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan... baca selanjutnya

Program Menjana Pendapatan Melalui Ekonomi Digital(E-Rezeki)

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pi1M bagi bulan Ogos. Ia merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya para pelajar untuk menjana pendapatan melalui platform ‘you can du it’ iaitu melalui ekonomi digital... baca selanjutnya

Gotong Royong dan Majlis Jamuan Raya

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pi1M bagi bulan Julai. Aktiviti ini dijalankan untuk merbersihkan sekitar kawasan pi1m termasuk luar dan dalam. Disamping itu , aktiviti ini di akhiri dengan jamuan... baca selanjutnya

Kuiz Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai keselamatan penggunaan internet . Pelajar haruslah menjawab soalan berdasarkan video yang telah disediakan... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Dan Mewarna

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2017

Tujuan aktiviti ini ialah untuk menguji tahap kefahaman pelajar dan kreativiti untuk menghasilkan kad ucapan yang lebih cantik dengan menggunakan teknologi. Malah, aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang pelajar yang datang ke pi1m semperna cuti sekolah... baca selanjutnya

Cyber Challenge Kdb Bersama Pelajar Pengakap Daerah Pokok Sena

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai klik dengan bijak dan memberi kefahaman berdasarkan aktiviti yang disediakan... baca selanjutnya

Taklimat Keselamatan Dan Kebakaran Bersama Agensi Bomba Alor Setar Serta Advokasi Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu ) Bersama Kluster

Aktiviti Terkini | 22 April 2017

Tujuan aktiviti ini memberi taklimat mengenai keselamatan dan kebakaran untuk komunitii dan disertai taklimat klik dengan bijak iaitu maklumat palsu... baca selanjutnya

Kursus ICT Bersama JKKK Dan Penghulu Mukim Bukit Lada

Aktiviti Terkini | 15 April 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi latihan ICT kepada JKKK dan Penghulu... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijak Serta Mempromosikan PI1M Bersama Pelajar Pengakap Daerah Pokok Sena

Aktiviti Terkini | 13 April 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mempromosikan Pi1M dan memberi pendedahan kepada pelajar pengakap mengenai penggunaan internet dengan bijak dan selamat... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijak Serta Mempromosikan PI1M di Kampung Bendang Lanjut Bersama Pelajar KPTM Alor Setar

Aktiviti Terkini | 8 April 2017

Tujuan aktiviti ini ialah untuk mempromosikan Pi1M kepada orang kampung kerjasama antara JKKK Kg Bendang Lanjut dan pelajar KPTM Alor Setar... baca selanjutnya

Advokasi Dan Cyber Challenge Bersama Pengawas Asrama
(Student Leader Board)Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kedah Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah(Semekak)
Anjuran Mcmc

Aktiviti Terkini | 6 April 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar khususnya pengawas asrama tentang cara untuk menggunakan internet dengan bijak berdasarkan modul -modul yang telah disediakan. Selain itu , dengan adanya program ini , dapat memberi pendedahan mengenai fungsi Pusat internet 1 Malaysia... baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yasiin Semperna Pembukaan PI1M

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan komuniti setempat, malah dapat memperkenalkan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak(Advokasi-Check Your Label)
Aktiviti Bersama Mrtc Bukit Lada & Jpj Negeri Kedah
(Anjuran Bersama Penghulu Mukim Bukit Lada)

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti label telepon serta mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti. Selain itu, jabatan JPJ Negeri Kedah juga menyediakan perkhidmatan yang... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia ini seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya