Program Sambutan Kemerdekaan Peringkat Komuniti Mukim Bukit Lada

25 Ogos 2018 | Sabtu
8.30 pagi - 1.30 petang | Pejabat Penghulu Mukim Bukit Lada & Pusat Internet Bukit Payong, Kedah

Tujuan:
 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar – pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan , susasana dan semangat kemerdekaan.
 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
 Menyediakan ruang kepada komuniti menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini.

Kelebihan:
 Program ini dapat menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti termasuk ibu bapa dan organisasi setempat.
 Program ini merupakan program tahunan untuk meraikan Hari Kemerdekaan khususnya di kalangan komuniti Mukim Bukit Lada.
 Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama dalam kalangan sgensi kerajaan ,komuniti , ibu bapa dan ahli Pusat Internet Bukit Payong.
 Program ini dapat memberi peluang untuk staff Pusat Internet Bukit Payong mengeratkan hubungan serta bekerjasama bersama pihak agensi kerajaan dan komuniti dalam menguruskan program.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Nama VIP:
• YB Dato’ Mahfuz Bin Haji Omar(Timbalan Menteri Tenaga Manusia merangkap Perlimen Pokok Sena).
• En Rezuwan Bin Abdullah(Penghulu Mukim Bukit Lada).

Perlaksanaan Aktiviti:
Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan Ogos. Progaram ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid dan komuniti setempat dalam usaha membentuk imej kemasyarakatan yang positif. Program ini juga dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

• Kuiz Kemerdekaan.
• Pertandingan Mewarna (Kanak – Kanak dan Dewasa).
• Pakaian Seragam.
• Konvoi Merdeka.
• Kuiz KDB.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama