PROGRAM KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti terkini | 4 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Payong


Nama VIP :
• Puan Nur Nadiah Binti Shahrom (NZ Bunga Training & Consultant)

Ringkasan Aktiviti :
Objektif Kursus Pengendalian Makanan secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

Tujuan :
• Kursus Pengendalian Makanan Malaysia di bangunkan khas untuk menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan makanan yang penting kepada masyarakat Malaysia.
• Kursus Pengendalian Makanan ini di cipta oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti makanan (BKKM) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendidik pengendali makanan khas yang menjalankan perniagaan komersial.
• Tujuan program ini adalah untuk mempelajari pengendalian makanan yang betul sangat penting untuk memastikan proses penghasilan produk makanan selamat di makan oleh pengguna.
• Tujuan program adalah untuk mempelajari dari permulaan pembukaan kedai sehingga persediaan, penyimpanan dan penutupan kedai.


Butir-Butir Berkaitan Aktivit :

• Ketibaan peserta
• Kursus bermula
• Bersurai.


Kelebihan Aktiviti :

• Dapat mempelajari gejala keracunan makanan yang berpunca daripada makanan yang tercemar yang disebabkan oleh pengendali makanan yang tidak mengamalkan amalan pengendalian makanan yang betul.
• Dapat mempelajari kepentingan latihan pengendalian makanan dengan betul.
• Dapat mempelajari cara pemakaian yang betul semasa pemprosesan makanan dilakukan.
• Menjadikan PEDi sebagai tempat rujukan kepada komuniti dalam menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PEDi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :