PROGRAM LITERASI ICT (STEM-IOT) DAYA KREATIF BERSAMA TABIKA KEMAS BUKIT PAYONG

Aktiviti terkini | 25 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Bukit Payong

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program Literasi ICT bersama pelajar Tabika KEMAS Bukit Payong merupakan program usahasama bersama pihak PEDi Bukit Payong dan Tabika KEMAS Bukit Payong.Program Literasi ICT untuk pelajar Tabika KEMAS Bukit Payong merupakan kerjasama berkala pihak PEDi dan Tabika KEMAS (Bukit Payong) dalam memberi pendedahan penggunaan teknologi ICT dan melakukan aktiviti pembelajaran STEM bagi meningkatkan daya saing dalam bidang sains dan teknologi dikalangan pelajar.

Tujuan :
• Tujuan program ini merupakan program literasi ICT bersama Tabika KEMAS Bukit Payong .
• Tujuan program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan teknologi ICT.
• Tujuan program ini memberi kesedaran kepada pelajar mengenai pembelajaran STEM dikalangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
• Tujuan program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan PEDi dalam mendidik komuniti untuk menggunakan teknologi ICT seiring dengan peredaran zaman.
• Tujuan program ini adalah dapat menbantu pelajar Tabika KEMAS Bukit Payong dalam membimbing mereka menggunakan peralatan ICT dan meningkatkan daya saing antara satu sama lain.


Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :

• Pengenalan mengenai Komponen Komputer
• Pengenalan mengenai Pembelajaran STEM
• Aktiviti STEM ( Daya Pemikiran Kreatif)
• Aktiviti E-Learning
• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar


Kelebihan Aktiviti :

• Merupakan salah satu inisiataif pihak PEDi berkolaborasi bersama pihak Tabika KEMAS dalam bidang digital.
• Menjadikan PEDi sebagai pusat kolaborasi bersama dengan agensi luar.
• Memperkenalkan peranan PEDi dalam masyarakat umum.
• Memberi pendedadahan teknologi ICT kepada para pelajar.
• Melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi.
• Merapatkan jurang digital antara pelajar Luar Bandar dan Bandar.
• Menjadikan PEDi sebagai pusat Informasi dan Transformasi kepada komuniti.
• Melahirkan pelajar yang mahir dalam menggunakan peralatan ICT dalam urusan harian.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :