PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA OPERATOR PENGELUARAN LELAKI PERODUA

Aktiviti terkini | 22 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Payong

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program Temuduga Terbuka Operator Pengeluaran PERODUA merupakan aktiviti bersama pihak industri dalam memberi peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.Program ini membantu para pencari pekerjaan dalam menceburi bidang automotif di Malaysia.

Tujuan :
• Tujuan program ini adalah memberi peluang pekerjaan operator pengeluaran lelaki kepada warganegara Malaysia ataupun komuniti setempat yang berumur diatara 18 tahun sehingga 27 tahun.
• Tujuan program ini dapat mengurangkan bilangan penganggur terutama di kawasan pedalaman.
• Tujuan program ini memberi kemudahan kepada komuniti dalam memohon pekerjaan di Perodua secara langsung.
• Tujuan program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama bersama pihak industri / agensi daalam mempelbagaikan perkhidmatan di PEDi.


Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :

• Ketibaan pihak Perodua.
• Ketibaan para pemohon.
• Para pemohon mengisi borang permohonan jawatan.
• Sesi temuduga berlangsung.
• Bersurai.


Kelebihan Aktiviti :

• Menjalinkan hubungan komuniti dan pihak agensi luar dengan staff PEDi.
• Dapat memberi pendedahan mengenai kewujudan dan perkhidmatan PEDi kepada komuniti.
• Program ini juga memberikan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan muda yang sedang mencari pekerjaan buat masa sekarang.
• Pihak Perodua menyediakan kemudahan dan faedah yang banyak kepada para pekerja demi menjaga kebajikan pekerja mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :