PROGRAM PEMASARAN DIGITAL KLUSTER KOTA SETAR BERSAMA USAHAWAN KEMAS (KEMAS MALL) NEGERI KEDAH

Aktiviti terkini | 20 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Seberang Terus

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program Pemasaran Digital Kluster Kota Setar merupakan program kerjasama pihak PEDi Kluster Kota Setar bersama usahawan KEMAS Negeri Kedah. Program ini membimbing para usahawan KEMAS dalam memulakan perniagaan serta memasarkan produk di platform digital mengikut arus permodenan semasa Program ini juga merupakan kolobarasi bersama pihak PEDi Kluster Kota Setar dan Rakan Digital.

Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk membantu para usahawan KEMAS dalam memulakan perniagaan di platform digital.
• Tujuan program ini membimbing para usahawan untuk menjadi penjual di platform digital.
• Tujuan program ini meluaskan peranan PEDi dalam komuniti bagi keusahawanan digital.
• Tujuan program ini dapat menjadikan PEDi sebagai pusat keusahawanan digital kepada usahawan diluar sana.
• Tujuan program ini dapat membina usahasama bersama agensi kerajaan dalam meluaskan platform digital.


Butir-Butir Berkaitan Aktivit :

• Penyediaan Tempat
• Pengenalan kepada Seller Tik Tok Shop & Shopee
• Tips & Tricks menjual di platform digital
• Sesi Bergambar
• Bersurai.

Kelebihan Aktiviti :

• Menjalinkan hubungan kerjasama antara pihak PEDi dan usahawan KEMAS.
• Membimbing usahawan KEMAS dalam menjalankan perniagaan di Platform Digital.
• Dapat mempromosikan latihan keusahawanan digital PEDi dikalangan agensi kerajaan.
• Menjadikan PEDi sebagai tempat rujukan kepada usahawan dalam menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PEDi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :