PROGRAM KEUSAHAWANAN DIGITAL & KLIK DENGAN BIJAK (SKMM NEGERI KEDAH) BERSAMA GIAT MARA POKOK SENA

Aktiviti terkini | 10 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Giat Mara Pokok Sena.


Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program Keusahawanan Digital Dan Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Negeri Kedah merupakan program kerjasama bersama pihak PEDi Bukit Payong Dan Giat Mara Pokok Sena. Program ini membimbing para pelajar Giat Mara dalam memulakan perniagaan di platform digital mengikut arus permodenan sekarang. Malah pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (Negeri Kedah) turut serta dalam taklimat Klik Dengan Bijak bersama para pelajar Giat Mara. Program ini juga merupakan kolobarasi bersama pihak PEDi dan Rakan Digital.


Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk membantu para pelajar Giat Mara (Latihan Teknikal) dalam memulakan perniagaan di platform digital.
• Tujuan program ini membimbing para pelajar untuk menjadi penjual di platform digital.
• Tujuan program ini meluaskan peranan PEDi dalam komuniti bagi keusahawanan digital.
• Tujuan program ini dapat menjadikan PEDi sebagai pusat keusahawanan digital kepada usahawan diluar sana.
• Tujuan program ini dapat membina usahasama bersama agensi sektor pendidikan dalam meluaskan platform digital.


Butir-Butir Berkaitan Aktivit :

• Sesi Taklimat Klik Dengan Bijak Bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (Negeri Kedah)
• Penyediaan Kedai sebagai Seller Tik Tok Shop & Shopee
• Tips & Tricks menjual di platform digital
• Sesi Bergambar
• Bersurai.

Kelebihan Aktiviti :

• Menjalinkan hubungan kerjasama antara pihak PEDi dan Giat Mara Pokok Sena.
• Membimbing para pelajar Latihan Teknikal dalam menjalankan perniagaan di Platform Digital.
• Dapat mempromosikan latihan keusahawanan digital PEDi dikalangan agensi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional.
• Menjadikan PEDi sebagai tempat rujukan kepada para pelajar dalam menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PEDi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :