PROGRAM LITERASI ICT BERSAMA RUMAH KANAK-KANAK POKOK SENA (RKK)

Aktiviti terkini | 10 & 24 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Payong


Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program Literasi ICT Bersama Rumah Kanak – Kanak Pokok Sena (RKK) merupakan program usahasama bersama pihak PEDi Bukit Payong dan Rumah Kanak – Kanak Pokok Sena (RKK).Program Literasi ICT untuk anak-anak di Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena (RKK) merupakan kerjasama berkala pihak PEDi dan Rumah Kanak-Kanak (RKK) dalam memberi pendedahan penggunaan teknologi ICT dalam melaksanakan tugasan harian atau kerja sekolah mereka.


Tujuan :
• Tujuan program ini merupakan program tanggungjawab sosial koprat (csr) literasi ICT bersama Rumah Kanak- Kanak Pokok Sena (RKK) .
• Tujuan program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan teknologi ICT.
• Tujuan program ini memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kempen menggunakan internet dengan lebih berhemah.
• Tujuan program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan PEDi dalam mendidik komuniti untuk menggunakan teknologi ICT seiring dengan peredaran zaman.
• Tujuan program ini adalah dapat menbantu anak-anak di Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena (RKK) dalam membimbing mereka menggunakan peralatan ICT dalam tugasan harian mereka.


Butir-Butir Berkaitan Aktivit :

• Pengenalan mengenai Komponen Komputer
• Pengenalan Microsoft Office Word
• Latihan Microsoft Office Word
• Kuiz Pengenalan Komponen Komputer dan Microsoft Office Word
• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar

Kelebihan Aktiviti :

• Merupakan salah satu inisiataif pihak PEDi dalam Program Tanggungjawab Sosial Koprata (CSR) dalam bidang digital.
• Menjadikan PEDi sebagai pusat kolaborasi bersama dengan agensi luar.
• Memperkenalkan peranan PEDi dalam masyarakat umum.
• Memberi pendedadahan teknologi ICT kepada para pelajar.
• Menjadikan PEDi sebagai pusat Informasi dan Transformasi kepada komuniti.
• Melahirkan pelajar yang mahir dalam menggunakan peralatan ICT dalam urusan harian.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :