PROGRAM PAMERAN KLIK DENGAN BIJAK DAN STEM MIKROBIT KLUSTER KOTA SETAR

Aktiviti terkini | 25 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Seberang Terus


Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program eksklusif oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital melalui Cawangan Komunikasi Penghakupayaan Orang Kurang Upaya (CKPOKU), Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat , Jabatan Penerangan Malaysia bagi memperkasakan kemahiran digital. Program Literasi ICT Bersama Pelajar Program Pendidikan Khas Integriti (PPKI) adalah untuk memberi pendedahan penggunaan teknologi ICT dalam melaksanakan tugasan harian atau kerja sekolah mereka.

Tujuan :
• Tujuan program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan teknologi ICT.
• Tujuan program ini memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kempen menggunakan internet dengan lebih berhemah.
• Tujuan program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan PEDi dalam mendidik komuniti untuk menggunakan teknologi ICT seiring dengan peredaran zaman.
• Tujuan program ini adalah dapat menbantu pelajar-pelajar yang kurang upaya dalam membimbing mereka menggunakan peralatan ICT dalam tugasan harian mereka.


Butir-Butir Berkaitan Aktivit :

• Pengenalan mengenai Komponen Komputer
• Pengenalan Microsoft Office Word
• Latihan Microsoft Office Word
• Playing Learning games
• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar


Kelebihan Aktiviti :

• Merupakan salah satu inisiataif pihak PEDi dalam Program Tanggungjawab Sosial Koprata (CSR) dalam bidang digital.
• Menjadikan PEDi sebagai pusat kolaborasi bersama dengan agensi luar.
• Memperkenalkan peranan PEDi dalam masyarakat umum.
• Memberi pendedadahan teknologi ICT kepada para pelajar.
• Menjadikan PEDi sebagai pusat Informasi dan Transformasi kepada komuniti.
• Melahirkan pelajar yang mahir dalam menggunakan peralatan ICT dalam urusan harian.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :