PROGRAM PAMERAN KLIK DENGAN BIJAK DAN STEM MIKROBIT KLUSTER KOTA SETAR

Aktiviti terkini | 12 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala.


Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan aktiviti bulanan bulan Julai bagi PEDi Bukit Payong.Program ini merupakan jemputan oleh pihak sekolah bagi minggu STEM peringkat sekolah. Program ini juga merupakan aktiviti Bersama Kluster Kota Setar dalam memberi pendedahan kepada pelajar sekolah untuk bertanggungjawab dalam melayari internet serta media social dan juga pendedahan mengenai Stem Mikrobit.

Tujuan :
• Tujuan program ini merupakan program kempen Klik Dengan Bijak bagi memberi kesedaran kepada pelajar sekolah dalam melayari internet dengan penuh berhemah serta bertanggungjawab.
• Tujuan program ini juga membolehkan pelajar untuk berfikir diluar kotak dan kaedah berfikir bagi menyiapkan projek stem mikrobit.
• Tujuan program ini juga merupakan kerjasama antara pihak PEDi dan sekolah dalam menjalankan aktiviti bersama.
• Tujuan program ini juga memberi informasi mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PEDi.


Butir-Butir Berkaitan Aktivit :

• Ketibaan staff PEDi Kluster Kota Setar di SMK Simpang Kuala.
• Mengatur dan menyediakan bahan untuk pameran dan juga aktiviti.
• Sesi pameran dan aktiviti bermula.
• Bersurai.


Kelebihan Aktiviti :

• Memberi pendedahan isu semasa kepada para pelajar dalam melayari internet dengan berhemah.
• Merupakan satu kempen dibawah pihak MCMC dalam memberi kesedaran kepada pengguna internet dengan lebih bertanggungjawab.
• Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran stem pengaturcaraan mikrobit dan juga dapat mengasah pemikiran mereka untuk menyiapkan aktiviti mikrobit.
• Menjalinkan hubungan antara pihak PEDi dengan agensi kerajaan dalam aktiviti Bersama.
• Menjadikan PEDi sebagai pusat transformasi dan informasi kepada komuniti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :