PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA empowerNCER POKOK SENA

Aktiviti terkini | 4 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Payong


Nama VIP :
• Cik Norasyikin (Pegawai empowerNCER Daerah Pokok Sena)

Ringkasan Aktiviti :
Program Temuduga Terbuka empowerNCER Daerah Pokok Sena merupakan program temuduga untuk kemahiran dan keusahawanan kepada komuniti setempat. Kursus yang ditawarkan adalah percuma dan juga mendapat bantuan kit permulaan daripada pihak empowerNCER.


Tujuan :
• Tujuan program kemahiran dan keusahawanan ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk memulakan perniagaan.
• Tujuan program ini adalah ingin membantu penduduk setempat dimana program ini diberikan secara percuma.
• Tujuan program ini memberi bantuan permulaan juga untuk peserta memulakan perniagaan tanpa mengeluarkan modal.
• Tujuan program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama bersama pihak industri / agensi dalam mempelbagaikan perkhidmatan di PEDi.


Butir-Butir Berkaitan Aktivit :

• Ketibaan pihak empowerNCER Pokok Sena.
• Ketibaan para pemohon.
• Para pemohon mengisi borang permohonan jawatan.
• Sesi temuduga berlangsung.
• Bersurai.


Kelebihan Aktiviti :

• Menjalinkan hubungan komuniti dan pihak agensi luar dengan staff PEDi.
• Dapat memberi pendedahan mengenai kewujudan dan perkhidmatan PEDi kepada komuniti.
• Program ini juga memberikan kemudahan yang sangat besar kepada para peserta kerana mereka mendapat kursus secara percuma, mendapat sijil dan jugak bantuan kit permulaan bagi menjalankan perniagaan berdasarkan kursus apa yang disertai mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :