KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (JAKM) 2022

Aktiviti terkini | 2 September 2022

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Stadium Darul Aman

Nama VIP :
• YAB Dato ‘ Sri Ismail Sabri (Perdana Menteri)
• Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar)
• Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor (Menteri Besar Kedah)
• En Thisukaran Nair (Wakil Digi Utara)

Ringkasan Aktiviti :
Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) 2022 telah diadakan bagi peringkat negeri Kedah. Program ini telah menyediakan pelbagai perkhidmatan oleh pelbagai agensi kerajaan.Pelbagai manfaat dan perkhidmatan yang telah di bawa oleh pihak Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia seperti aduan ,taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak , kad sim Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan sebagainya. Program ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 2-4 September 2022.

Tujuan :
• Tujuan program ini mengumpul semua agensi kerajaan dalam satu program bagi memberi perkhidmatan kepada komuniti.
• Tujuan program ini memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan penggunaan internet dengan berhemah.
• Tujuan program ini dapat memberi peluang kepada rakyat untuk membuat aduan di platform yang betul untuk setiap permasalahan yang dihadapi.
• Tujuan program ini memberi perkhidmatan kepada komuniti bagi memenuhi keperluan mereka.
• Tujuan program ini juga dapat membantu para usahawan dalam menjana pendapatan di platform yang disediakan.

Buti-Butir Berkaitan Aktivit :

• Pendaftaran
• Pameran Booth Keusahawanan
• Pameran Booth Agensi Kerajaan
• Perasmian Program
• Taklimat dan Kuiz Klik Dengan Bijak
• Pemberian Sim Kad Pakej Keluarga Malaysia

Kelebihan Aktiviti :

• Memberi peluang kepada agensi kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kepada komuniti setempat dengan lebih dekat lagi.
• Memberi peluang kepada usahawan dalam menjana pendapatan .
• Memberi kesedaran kepada pengunjung berkaitan kempen Klik Dengan Bijak.
• Memberi peluang kepada pengunjung dalam mengenali jabatan kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (K-KOMM).
• Memberi peluang staff PEDi dan MCMC Kedah dalam bekrjasama dalam setiap program yang dianjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :