PERKHIDMATAN MOBILE KAUNTER TABUNG HAJI PENDANG DI PEDi

Aktiviti terkini | 14 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Bukit Payong

Nama VIP :
• Pn Noriza Othman (Pegawai Tabung Haji)

Ringkasan Aktiviti :
Perkhidmatan Mobile Kaunter Tabung Haji ini merupakan aktiviti kerjasama bersama pihak PEDi dan agensi luar dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat.Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji ialah menawarkan perkhidmatan seperti pembukaan akaun, kemaskini profail tabung haji, pendaftaran haji, pendaftaran thijari iaitu aplikasi daripada pihak tabung haji, simpanan dan juga penamaan.

Tujuan :
• Tujuan utama program bersama Tabung Haji adalah untuk memudahkan komuniti setempat untuk berurusan dengan pihak Tabung Haji bagi membuat pembukaan akaun dan sebagainya.
• Tujuan program ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga penduduk untuk ke Tabung Haji yang berada di luar kawasan Bukit Payong.

Buti-Butir Berkaitan Aktivit :

• Ketibaan pihak Tabung Haji Pendang ke PEDi Bukit Payong.
• Ketibaan komuniti setemapat yang ingin berurusan dengan pihak Tabung Haji.
• Bersurai.

Kelebihan Aktiviti :

• Dapat menjalinkan hubungan komuniti bersama agensi luar dan staff PEDi.
• Dapat memberi pendedahan mengenai kewujudan dan perkhidmatan PEDi kepada komuniti.
• Memudahkan komuniti untuk berurusan dengan pihak Tabung Haji.
• Memberi manfaat kepada komuniti mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji kepada komuniti setempat.
• Menjimatkan masa dan tenaga komuniti setempat untuk membuat pendaftaran haji.
• Komuniti dapat mengetahui lebih lanjut apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh tabung haji secara mendalam lagi.
• Menjalinkan hubungan Kerjasama antara pihak PEDi dan agensi luar dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti.
• Menjadikan PEDi sebagai one stop center perkhidmatan kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :