BENGKEL KEUSAHAWANAN DIGITAL TIKTOK SHOP

Aktiviti terkini | 17 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Bukit Payong

Nama VIP :
• Cik Sofea Nazira Binti Abd Razak

Ringkasan Aktiviti :
Bengkel Keusahawanan Digital Tik Tok Shop merupakan aktiviti utama PEDi Bukit Payong pada bulan ini bagi memberi pendedahan kepada usahawan untuk menjana pendapatan di platform Tik Tok Shop.Bengkel ini juga merupakan kerjasama antara pihak PEDi dan Rakan Digital PEDi.

Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah memberi pendedahan mengenai platform digital iaitu Tiktok Shop.
• Tujuan program ini memberi tunjuk ajar mengenai pembukaan akaun perniagaan digital di Tik Tok Shop.
• Tujuan program ini memberi bimbingan mengenai aplikasi Tiktok shop dalam memuat naik produk usahawan di platform Tiktok.
• Tujuan bengkel ini juga memberi pendedahan mengenai teknik pemasaran produk di aplikasi Tiktok.
• Tujuan program ini juga adalah untuk mempromosikan khidmat perkhidmatan PEDi kepada usahawan luar.

Buti-Butir Berkaitan Aktivit :

• Pendaftaran usahawan.
• Bermula kelas Tiktok shop.
• Sesi bergambar.
• Bersurai.

Kelebihan Aktiviti :

• Memperkasakan penggunaan Tiktok shop di kalangan usahawan.
• Memberi idea kepada usahawan untuk memulakan perniagaan digital/ atas talian.
• Merangsang minat usahawan untuk menjalankan perniagaan atas talian.
• Membantu usahawan dalam mengurangkan kos pemasaran produk kerana pemasaran di aplikasi digital adalah percuma.
• Menambahkan ilmu mengenai cara memasarkan produk di platform digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :