PROGRAM ‘FUTURE SKILL LEARNING FOR ALL’: MICROBIT

Aktiviti terkini | 16 -17 Oktober 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Bukit Payong

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai pembelajaran baru dalam bentuk digital.
• Memperkukuhkan kemahiran ‘Computational Thinking’.
• Merupakan program kemahiran pembelajaran digital masa depan (Future Skills Learning).

Kelebihan Aktiviti :

• Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengetahui kewujudan Pusat Internet serta fungsi sebagai Pusat Informasi maklumat.
• Pelajar dapat mempelajari modul-modul pembelajaran digital yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Pelajar dapat memperkukuhkan kemahiran ‘Computational Thinking’.
• Menggalakkan tahap pemahaman dan penguasaan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (PDP) interaktif , praktikal dan menyeluruh.
• Modul- modul pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Modul Pengaturcaraan subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT) bagi sekolah Rendah , Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK) bagi sekolah Menengah.
• Mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet dan organisasi sekolah dalam menjayakan setiap program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :