PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 14 Februari 2020

Tempat Aktiviti:
SK Santan, Kampung Masjid, 01000 Kangar, Perlis

Tujuan :
• Memupuk dan menyemarakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar
• Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia sendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet
• Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan hubungan kaum di semua peringkat

Kelebihan Aktiviti :

• Mengeratkan hubungan antara sekolah, pelajar bersama Staff Pusat Internet.
• Melahirkan pelajar yang celik IT terhadap teknologi dan kandungan media baru .
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Pelajar mengetahui cara posting yang betul di laman sosial dengan selamat seperti tidak mendedahkan lokasi dan maklumat peribadi yang lain untuk paparan umum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :