Klik Dengan Bijak 2 (Kluster)

30 Mac 2019 | Sabtu
9.00 pagi - 1.30 petang | Masjid Jamek Az-Zakirin, Kedah

Tujuan:
 Menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti termasuk ibu bapa dan organisasi setempat.
 Memberi taklimat mengenai kempen Klik Dengan Bijak kepada pelajar , sekolah dan ibu bapa.
 Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penggunaan internet secara berhemah khususnya kepada pelajar sekolah rendah.

Kelebihan:
1. Merupakan aktiviti bersama komuniti khususnya organisasi sekolah dalam kegiatan kempen Klik Dengan Bijak dikalangan komuniti setempat.
2. Mengeratkan hubungan antara staff Pusat Internet dan pihak sekolah untuk menjayakan program.
3. Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengetahui kewujudan Pusat Internet serta fungsi sebagai Pusat Informasi maklumat.
4. Menyediakan informasi dan khidmat nasihat bagi membantu komuniti dalam penggunaan ICT.
5. Memberi kesedaran serta meningkatkan kawal selia terhadap penggunaan internet terutama pelajar.

Penglibatan:
Para pelajar.

Perlaksanaan Aktiviti:
Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan Mac 2019. Ia merupakan aktiviti bersama pihak komuniti bagi mengeratkan lagi hubungan serta mesra antara staff Pusat Internet, ibu bapa, ahli Pusat Internet bersama komuniti setempat di samping memupuk semangat bagi memaju dan membangunkan sesebuah organisasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Di samping itu, program ini dapat memberi kesedaran kepada komuniti mengenai penggunaan internet dengan berhemah serta meningkatkan kawal selia terhadap anak – anak dalam melayari internet seharian.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama