Program Klik Dengan Bijak Beserta Bacaan Yasin Bersama Komuniti

25 April 2019 | Khamis
3.00 petang - 5.30 petang | Pusat Internet Bukit Payong, Kedah

Tujuan:
 Meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang disyariatkan berpuasa.
 Mempelbagaikan aktiviti bersama komuniti setempat.
 Menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti termasuk ibu bapa dan organisasi setempat.
 Mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama dalam kalangan komuniti , ibu bapa dan ahli Pusat Internet Bukit Payong.
 Memberi peluang untuk staff Pusat Internet Bukit Payong mengenali ibu bapa dan ahli Pusat Internet Bukit Payong.
 Memberi taklimat mengenai kempen Klik Dengan Bijak serta penggunaan Internet dengan berhemah , berwaspada dan bertanggungjawab.

Kelebihan:
1. Merupakan aktiviti tahunan bersama komuniti khususnya wanita dalam kegiatan penyampaian dakwah sekitar komuniti.
2. Mengeratkan hubungan antara staff Pusat Internet dan komuniti setempat dalam menjayakan setiap program.
3. Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengetahui kewujudan Pusat Internet serta fungsi sebagai Pusat Informasi maklumat.
4. Menyediakan informasi dan khidmat nasihat bagi membantu komuniti dalam penggunaan ICT.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Perlaksanaan Aktiviti:
Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan April 2019. Program ini adalah bertujuan untuk menyambut Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan kedatangan bulan yang mulia ini pihak Pusat Internet bersama Ahli Pusat Internet merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan komuniti di sekitar kawasan Pusat Internet. Aktiviti ini merupakan permintaan ahli Pusat Internet dalam mengeratkan lagi hubungan serta mesra antara staff Pusat Internet , ibu bapa , dan ahli Pusat Internet . Program ini dapat memeriahkan lagi memupuk semangat bagi memaju dan membangunkan sesebuah organisasi yang cemerlang , gemilang dan terbilang.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama