Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Bukit Payong

23 September 2017 | Sabtu
8.00 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Bukit Payong, Kedah

Tujuan:
• Memberi penerangan kepada penduduk mengenai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penduduk setempat.
• Menjadi platform bagi penduduk setempat mempromosikan produk yang mereka hasilkan.
• Mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia Bukit Payong kepada penduduk tempatan dan penduduk luar.
• Memberi Ilmu Dan Manfaat kepada Pengunjung daripada pameran yang diadakan.

Kelebihan:
• Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff Pi1M dan Agensi Kerajaan / NGO.
• Aktiviti ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada penduduk mengenai Pi1M serta perkhidmatan yang disediakan.
• Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada pihak Pi1M mempromosikan perkhidamatan Pi1M seperti Digi produk.
• Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara staff Pi1M dan AJK.

Penglibatan:
Pengunjung program.

Perlaksanaan aktiviti:
Aktiviti ini merupakan aktiviti utama bagi bulan September serta merupakan aktiviti tahunan. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara staff dan ahli Pi1M , NGO serta Jabatan Kerajaan yang lain. Di samping itu , pengunjung dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi utama Pi1M. Pelbagai aktiviti serta pameran telah disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Aktiviti Berkaitan:
Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pi1M bagi bulan September. Ia merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk serta ushawan untuk mengembangkan perniagaan melalui ICT. Malah, melalui program ini dapat mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan NGO untuk menjalinkan hubungan dua hala antara Pi1M dan penduduk setempat.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama