Hari Sukan Negara 2017 Peringkat Mukim Bukit Lada

14 Oktober 2017 | Sabtu
7.30 pagi – 2.00 petang | Perkarangan SMK Bukit Payong & Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Lada, Kedah

Tujuan:
• Menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya komuniti Mukim Bukit Lada.
• Merupakan salah satu usaha mencegah penyakit seperti obesiti , sakit jantung dan darah tinggi dalam kalangan masyarakat.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff Pi1M dengan komuniti dan juga Agensi Kerajaan.
• Memberi peluang kepada staff Pi1M untuk menimba pengalaman bekerjasama dalam menjayakan suatu program di peringkat yang lebih tinggi.

Kelebihan:
• Program ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menerapkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan harian.
• Aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai etika melayari Intenet dengan selamat , waspada dan bertanggungjawab.
• Aktiviti ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai Pi1M serta perkhidmatan yang disediakan.

Penglibatan:
Peseta program.

Nama VIP:
1). YB Dato’ Haji Ahmad Bin Lebai Sudin(Adun Bukit Lada).
2). Tuan Hj Faudzi Bin Ahmad(Tuan Pegawai Daerah Pokok Sena).

Perlaksanaan aktiviti:
Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan Pi1M bagi bulan Oktober. Program ini merupakan satu program tahunan iaitu setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober bermula dari tahun 2015. Program ini juga bertujuan menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping itu juga, program ini dapat memberi peluang kepada staff Pi1M untuk menimba pengalaman bekerjasama dalam menjayakan suatu program di peringkat yang lebih tinggi dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan institut Pendidikan(SMK Bukit Payong).

Aktiviti Berkaitan:
• Ucapan alu aluan oleh Penghulu Mukim Bukit Lada.
• Ucapan Perasmian oleh ADUN Bukit Lada.
• Senamrobik , Sukaneka.dan Sukan Rakyat
• Penyampaian Hadiah dan Sumbangan kepada Rakyat oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Pokok Sena.
• Pameran dan jualan oleh Usahawan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama