Program Pemantapan ICT Dan Advokasi Klik Dengan Bijak

1 November 2017 | Rabu
8.30 pagi – 1.00 petang | Sekolah Kebangsaan Lengkuas, Kedah

Tujuan:
• Memberi pendedahan ICT kepada pelajar.
• Memberi penerangan kepada pelajar mengenai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M.
• Mengeratkan hubungan kerjasama antara Pi1M dan pihak sekolah.
• Memberi pendedahan kepada pelajar dan staff mengenai etika melayari Internet dengan selamat , berwaspada dan bertanggungjawab.

Kelebihan:
• Aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan ICT terutama pelajar yang berada di pedalaman.
• Aktiviti ini juga dapat mempromosikan Pi1M serta perkhidmatan yang disediakan di Pi1M.
• Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff Pi1M dan Agensi Kerajaan (Pendidik).
• Aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai etika melayari Intenet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab.

Penglibatan:
Para pelajar.

Perlaksanaan aktiviti:
Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan Pi1M bagi bulan November. Ia merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan ICT dan etika melayari internet kepada pelajar dan staff sekolah. Malah, melalui program ini dapat mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan (pendidik) bagi mengadakan program yang akan datang.

Aktiviti Berkaitan:
• Pendedahan mengenai penggunaan Ms Office (Word , Excel dan Power Point).
• Taklimat Klik Dengan Bijak.
• Aktiviti dalam kumpulan (Klik Dengan Bijak).
• Penyampaian Hadiah kepada pemenang.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama