Advokasi Klik Dengan Bijak Serta Mempromosikan PI1M Bersama Pelajar Pengakap Daerah Pokok Sena

13 April 2017 | Khamis
2.00 petang – 6.00 petang | Kem Pengakap Kampung Namput, Mukim Bukit Lada, Pokok Sena, Kedah

Tujuan:
Tujuan aktiviti ini adalah untuk mempromosikan Pi1M dan memberi pendedahan kepada pelajar pengakap mengenai penggunaan internet dengan bijak dan selamat.

Kelebihan:
1. Memberi pendedahan mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Pi1M.
2. Memberi pendedahan mengenai penggunaan internet dengan bijak dan selamat.
3. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara staff Pi1M dan organisasi lain (sekolah).

Penglibatan:
- Staf-staf PI1M.
- Pengunjung program.

Butir-butir aktiviti:
Program ini merupakan seminar untuk pelajar Pengakap peringkat Daerah Pokok Sena.Aktiviti ini di mulakan dengan taklimat daripada Pengerusi Pengakap Daerah Pokok Sena iaitu En Ahmad Bin Din yang merupakan JKKK Kampung Namput dan seterusnya merasmikan program tersebut.Pusat Internet 1Malaysia telah dijemput untuk memberi pendedahan kepada pelajar Pengakap oleh JKKK. Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat mengenai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pi1M serta sedikit taklimat mengenai penggunaan internet dengan bijak oleh pengurus Pusat Internet 1Malaysia Bukit Payong(Nor Aina Mardiah Bt Md Dahari).

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama